Semuanya yang anda perlu tahu berkenaan...

4. SOALAN-SOALAN YANG SERING DITANYA

Q1. Siapakah yang boleh diinsuranskan dengan pelan SeniorGOLD?

Sesiapa sahaja yang berumur di antara 50 dan 80 tahun (hari lahir terakhir) boleh diinsuranskan dengan pelan SeniorGOLD. 

Q2. Bagaimanakah Jumlah Asas Diinsuranskan polisi saya diperolehi?

Jumlah Asas Diinsuranskan polisi anda tertakluk kepada umur pendaftaran, jantina dan bilangan unit perlindungan insurans yang anda beli. Sebagai contoh, seorang wanita berumur 50 tahun yang membeli 5 unit perlindungan insurans di bawah pelan SeniorGOLD, Jumlah Asas Diinsuranskan beliau adalah 5 kali ganda jumlah yang dinyatakan di Jadual Jumlah Diinsuranskan, iaitu RM17,397 x 5 = RM86,985.

Q3. Adakah terdapat tambahan premium apabila usia saya meningkat?

TIDAK. Anda diberi jaminan bahawa premium SeniorGOLD tidak akan bertambah dalam keseluruhan jangka polisi.

Q4. Adakah Jumlah Asas Diinsuranskan berubah apabila usia saya meningkat?

TIDAK. Jangan khuatir, Jumlah Asas Diinsuranskan polisi anda kekal tidak berubah biarpun usia anda meningkat.

Q5. Adakah saya akan menerima balik sejumlah wang sekiranya saya menyerahkan polisi saya sebelum ia matang?

YA. Anda boleh mendapat nilai tunai polisi anda selepas polisi anda berkuatkuasa selama tiga tahun.

Q6. Adakah terdapat apa-apa pengecualian?

YA, tetapi pengecualian tersebut hanya untuk Faedah Kematian Akibat Kemalangan (sila rujuk polisi kontrak). Pengecualian tersebut adalah:-

Peperangan, Perang Saudara, Tindakan Pengganas, AIDS dan Penyakit-Penyakit termasuk Demam Denggi & Japanese Encephalitis, Kelahiran & Keguguran Anak, Pembunuhan atau serangan dengan ancaman, Mengembara sebagai Kakitangan Penerbangan, Aktiviti udara, Seni Mempertahankan Diri & Perlumbaan, Radiasi, Bahan-bahan Senjata Nuklear, Intoksikan alkohol dan dadah.


Jika anda berminat untuk mendapatkan perlindungan MAA Senior GOLD, sila e-mel kami dengan keterangan-keterangan berikut:-

  • Tarikh Lahir orang yang diinsuranskan
  • Jantina orang yang diinsuranskan
  • Jumlah Premium dan Kadar Bayaran (Bulanan, Suku tahun, Setengah tahun atau Tahunan)
  • Alamat Surat-Menyurat
  • Cara anda ingin membuat bayaran pendahuluan? (Dengan Kad Kredit atau Cek atau Perbankan di Bank Alliance) Bayaran dengan wang tunai tidak digalakkan.
  • Cara anda ingin kami menghubungi anda?

Call our Daily Home/Office Service Line 03-80246425 for an appointment!

or if you prefer, you may e-mail us at kooagen@streamyx.com

@ 2000 - 2006 kooagency web services since Aug 2000