Semuanya yang anda perlu tahu berkenaan..... MedicaLife 210


 SOALAN-SOALAN SELALU DITANYA 

Q:    Mengapa saya perlukan pelan ini?

A:    Kos hospital yang tinggi mungkin akan melenyapkan wang simpana anda yang berharga. Wang adalah perkara terakhir yang perlu kita risaukan apabila dimasukkan ke hospital.

Q:    Siapa yang layak menyertai pelan ini?

A:    Sesiapa yang berumur di antara tiga puluh (30) hari hingga lima puluh sembilan (59) tahun (umur pada hari lahir yang lepas) dan berada dalam keadaan kesihatan yang baik.

Q:    Bilakah perlindungan untuk saya bermula?

A:    Pada hari kami meluluskan borang cadangan anda.

Q:    Adakah pelan MedicaLife mempunyai Pembaharuan Terjamin?

A:    Ya, Pembaharuan Terjamin sehingga usia 80 tahun atau sehingga Had Seumur Hidup telah dibayar (yang mana dulu).

Q:    Ada tempoh menunggu?

A:    Ya, 30 hari dari tarikh polisi berkuatkuasa kecuali akibat kemalangan.

Q:    Jika saya membaharui insurans polisi MedicaLife saya, adakah tempoh 30 hari itu terpakai?

A:    Tidak..

Q:    Berapakah jumlah yang boleh saya tuntut?

A:    Anda boleh menuntut sehingga Had Tahunan Keseluruhan dalam setiap tahun dan sehingga Had Seumur Hidup dalam seumur hidup anda di bawah pelan yang anda pilih tertakluk kepada had faedah-faedah individu.

Q:    Adakah pelan ini mempunyai Pembayaran Jumlah Potongan (Deductible)?

A:    Tidak.

Q:    Jika pelan MedicaLife adalah 'Cashless', mengapakah Orang yang Diinsuranskan perlu juga dikenakan membayar wang cagaran apabila dimasukkan ke hospital yang turut serta?

A:    Bayaran wang cagaran ini biasanya adalah untuk pembiayaan penggunaan perkhidmatan bukan berbentuk perubatan seperti caj telefon, cucian, dll. atau Pembayaran Bersama yang di tanggung oleh Orang yang Diinsuranskan.

Q:    Bolehkah saya pilih untuk mendapat rawatan dari Hospital yang bukan turut serta?

A:    Boleh. Tetapi, anda harus membuat segala bayaran dahulu dan kemudian membuat tuntutan, mengikut kadar caj yang perlu dan munasabah.

Q:    Bolehkah saya mempertingkatkan Pelan saya?

A:    Ya, anda boleh berbuat demikian. Walaubagaimanapun, sebarang permohonan akan disifatkan sebagai permohonan baru dan anda perlu memberikan maklumat kesihatan anda yang terkini.

Q:    Bagaimana saya membuat tuntutan?

A:    Anda hanya perlu telefon 1-800-88-2318.

Kembali ke kandungan

This is USJatyourservice, Service At Its Best! provided by kooagency

Call our Daily Home/Office Service Line 03-80246425 for an appointment!

or if you prefer, you may e-mail us at kooagen@streamyx.com

@ 2000 - 2008 kooagency web services since Aug 2000