Maklumat
Penting yang Anda Harus Tahu Berkenaan..... INSURANS
PERUBATAN DAN KESIHATAN (IPK)
MAKLUMAT PENTING
BERKENAAN PEMBELIAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN (IPK) |
Bakal Pemilik Polisi yang dihormati, Anda
dinasihatkan membaca keseluruhan senarai semakan dibawah yang mana akan
memberikan anda penerangan mengenai ciri-ciri penting polisi IPK supaya anda
mendapat maklumat dan boleh membuat keputusan sebelum membeli polisi. Jika anda
ragu-ragu atau terdapat maklumat yang tidak jelas, anda dinasihatkan mendapatkan
pengesahan lanjut daripada wakil insurans anda atau menghubungi Kakitangan Pusat
Panggilan Pelanggan kami di talian 1 300 888 622.
Anda perlu berpuashati bahawa polisi IPK yang
anda ingin beli adalah memenuhi keperluan anda dan premium yang perlu dibayar
dibawah polisi ini adalah jumlah yang mampu anda bayar.
|
Senarai ciri-ciri yang penting sebagai mana yang
terkandung di dalam dokumen polisi IPK adalah seperti berikut:-
- Faedah yang terkandung di dalam polisi.
- Kelebihan perubatan atau pengecualian teknikal
atau sekatan yang dikenakan.
- Had faedah (contoh: % kos yang dilindungi oleh
polisi, bayaran bagi pihak, siling kepada jumlah kos tuntutan, jumlah yang
ditolak) dan sebagainya.
- Cara dan sejauh mana hak penginsurans untuk
meneliti dan meminda premium yang dibayar dan notis yang perlu diberikan
oleh penginsurans sekiranya berlaku perubahan.
- Keadaan sedia wujud, penyakit khusus dan
tempoh kelayakan yang berkaitan.
- Fasal lazim dan berpatutan.
- Jumlah premium perlu dibayar dan tempoh
pembayaran.
- Untuk polisi yang diperbaharui secara tahunan,
samada pembaharuan polisi adalah dijamin.
- Keadaan-keadaan yang akan membawa kepada
senario berikut apabila polisi diperbaharui: a) polisi diperbaharui dengan
penambahan premium; b) polisi diperbaharui dengan pengecualian, jumlah
lebihan dan sebagainya; dan c) polisi yang mana satu atau lebih ahli yang
diinsuranskan tidak diperbaharui.
- Implikasi menukar polisi dari satu
penginsurans kepada yang lain atau menukar dari satu pelan insurans kepada
pelan yang lain akan mengakibatkan Tempoh Menunggu, Penyakit Khusus dan
Keadaan Sedia Wujud dimulakan semula atau borang permohonan anda tidak
diterima.
- Penginsurans berhak menolak liabiliti bersabit
kegagalan anda mengemukakan maklumat penting dalam borang premohonan yang
mungkin mempengaruhi keputusan penginsurans samada untuk menerima atau
menolak permohonan, dan juga berkaitan dengan premium dan syarat-syarat di
dalam polisi kepada pemilik polisi.
- "Tempoh Pemerhatian" 15 hari akan
diberikan kepada anda untuk meneliti kesesuaian polisi yang baru dibeli.
Sekiranya anda memulangkan semula polisi kepada penginsurans dalam tempoh
ini, premium akan dikembalikan selepas ditolak semua perbelanjaan, sekiranya
ada.
- Terma dan syarat-syarat terdapat di dalam
polisi asal akan dihantar kepada saya setelah penginsurans telah menaja
jamin dan meluluskan permohonan anda.
- Rujukan kepada asas polisi IPK boleh didapati
dari buku "Pengenalan kepada Produk Insurans Perubatan dan Kesihatan"
yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia.
|
This
is USJatyourservice,
Service At Its Best!
provided by kooagency
|