Q:
Mengapa saya perlukan pelan ini?
A:
Kos hospital yang tinggi mungkin akan melenyapkan wang simpana anda yang
berharga. Wang adalah perkara terakhir yang perlu kita risaukan apabila
dimasukkan ke hospital.
Q:
Siapa yang layak menyertai pelan ini?
A:
Sesiapa yang berumur di antara tiga puluh (30) hari hingga enam puluh (60) tahun
(umur pada hari lahir yang akan datang) dan berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Bagi orang
asing (Expatriate/Professionals, PR atau Malaysia My Second Home), layak membeli Pelan
1 - Pelan 4, tetapi perlindungan hanya terhad kepada Hospital di Malaysia
sahaja.
Q:
Bilakah perlindungan untuk saya bermula?
A:
Pada hari kami meluluskan borang cadangan anda.
Q:
Adakah pelan MedicaGen
200 mempunyai Pembaharuan
Terjamin?
A:
Ya, Pembaharuan Terjamin sehingga usia 75 tahun atau sehingga Had Seumur Hidup
telah dibayar (yang mana dulu).
Q:
Ada tempoh menunggu?
A:
Ya, 30 hari dari tarikh polisi berkuatkuasa kecuali akibat kemalangan.
Q:
Jika saya membaharui insurans polisi MedicaGen
200 saya,
adakah tempoh 30 hari itu terpakai?
A:
Tidak..
Q:
Berapakah jumlah yang boleh saya tuntut?
A:
Anda boleh menuntut sehingga Had Tahunan Keseluruhan dalam setiap tahun dan
sehingga Had Seumur Hidup dalam seumur hidup anda di bawah pelan yang anda pilih
tertakluk kepada had faedah-faedah individu.
Q:
Adakah pelan ini mempunyai Pembayaran Jumlah Potongan (Deductible)?
A:
Tidak.
Q:
Apakah itu Pembayaran Bersama Bilik & Makan Naik Taraf?
A:
Jika Orang yang Diinsuranskan dimasukkan ke hospital pada kadar Bilik &
Makan yang lebih tinggi dari faedah layak beliau, maka Orang yang Diinsuranskan
harus menanggung 20% dari faedah layak lain yang ditetapkan dalam Jadual Faedah
untuk setiap tuntutan.
Q:
Jika pelan MedicaGen
200 adalah
'Cashless', mengapakah Orang yang Diinsuranskan perlu juga dikenakan membayar
wang cagaran apabila dimasukkan ke hospital yang turut serta?
A:
Bayaran wang cagaran ini biasanya adalah untuk pembiayaan penggunaan
perkhidmatan bukan berbentuk perubatan seperti caj telefon, cucian, dll. atau
Pembayaran Bersama yang di tanggung oleh Orang yang Diinsuranskan.
Q:
Bolehkah saya pilih untuk mendapat rawatan dari Hospital yang bukan turut serta?
A:
Boleh. Tetapi, anda harus membuat segala bayaran dahulu dan kemudian membuat
tuntutan, mengikut kadar caj yang perlu dan munasabah.
Q:
Bolehkah saya mempertingkatkan Pelan saya?
A:
Ya, anda boleh berbuat demikian. Walaubagaimanapun, sebarang permohonan akan
disifatkan sebagai permohonan baru dan anda perlu memberikan maklumat kesihatan
anda yang terkini.
Q:
Bagaimana saya membuat tuntutan?
A:
Anda hanya perlu telefon 1-800-88-2318.
|