Semuanya yang anda perlu tahu berkenaan.....


   PENGECUALIAN 

Polisi ini tidak melindungi apa-apa penghospitalan, pembedahan atau bayaran yang disebabkan secara lansung atau tidak lansung, sepenuhnya atau sebahagian, oleh mana-mana satu (1) kejadian yang berikut:-

  1. Penyakit Sedia Ada Definisi

  2. Penyakit Tertentu yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan berterusan. Definisi

  3. Apa-apa keadaan perubatan atau fisikal yang berlaku dalam masa tiga puluh (30) hari pertama perlindungan atau tarikh pengembalian semula bagi orang yang diinsuranskan, mengikut mana-mana yang terakhir kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.

  4. Pembedahan kosmetik / plastik, perkhatanan, pemeriksaan mata, cermin mata dan biasan atau pembedahan pembetulan bagi rabun dekat (radial keratotomi) serta penggunaan atau pemerolehan peralatan prostetik luaran atau peralatan seperti anggota tiruan, alat pendengaran, alat pacemaker tertanam dan preskripsinya.

  5. Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali yang diperlukan apabila berlaku kecederaan terhadap gigi asli yang sihat akibat kemalangan yang terjadi sepenuhnya ketika tempoh insurans.

  6. Rawatan kejururawatan peribadi, penjagaan sambil rehat, rumah pemulihan semulajadi, dadah yang menyalahi undang-undang, intoksikan, sterilisasi, penyakit kelamin dan yang berikutannya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV (Virus Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit), serta sebarang penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin di bawah undang-undang.

  7. Sebarang rawatan atau pembedahan untuk keabnormalan atau kecacatan kongenital termasuk yang diwarisi secara keturunan.

  8. Kehamilan, kelahiran anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, pengguguran serta penjagaan sebelum kelahiran atau selepas kelahiran, kaedah pencegah kehamilan secara pembedahan, mekanikal atau kimia atau rawatan untuk kesuburan. Ketidakmampuan erektil dan ujian atau rawatan yang berkaitan dengan masalah mati pucuk atau sterilisasi.

  9. Kemasukan hospital yang secara utamanya untuk tujuan pemeriksaan, diagnosis, ujian X-ray, pemeriksaan fisikal atau perubatan am, yang bukan disebabkan rawatan atau diagnosis hilang upaya yang dilindungi atau sebarang rawatan yang tidak perlu secara perubatan serta sebarang rawatan pencegahan, perubatan atau pemeriksaan pencegahan yang dilakukan oleh pakar perubatan, serta rawatan yang khusus untuk mengurangkan atau menambah berat badan.

  10. Membunuh diri atau percubaan membunuh diri, kecederaan diri yang disengajakan sama ada semasa siuman atau tidak siuman.

  11. Perang atau sebarang tindakan perang, sama ada diisytiharkan atau tidak, aktiviti jenayah atau pengganas, bertugas secara aktif dalam angkatan tentera, penglibatan langsung dalam mogok, rusuhan dan kekacauan awam atau pemberontakan.

  12. Radiasi pengionan atau pencemaran radioaktiviti dari sebarang bahan nuklear atau buangan nuklear dari proses pemecahan nuklear atau dari sebarang bahan senjata nuklear.

  13. Biaya yang ditanggung bagi pendermaan sebarang organ badan oleh orang yang diinsuranskan serta kos bagi pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung penderma ketika pemindahan organ serta komplikasinya.

  14. Pemeriksaan dan perubatan untuk gangguan tidur dan dengkuran, terapi penggantian hormom dan terapi alternatif lain seperti rawatan, khidmat dan bekalan perubatan selain daripada ubatan Barat, termasuk tetapi tidak terhad kepada khidmat kiropraktik, akupuntur, akupressure, refleksologi, rawatan tulang, rawatan herba, urutan atau terapi aroma atau sebarang rawatan alternatif lain.

  15. Jagaan atau rawatan yang pembayarannya tidak dikehendaki atau setakat yang ia dibayar oleh mana-mana insurans lain atau tanggung rugi yang melindungi Orang yang diInsuranskan dan hilang upaya yang timbul daripada tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi dibawah kontrak Insurans Pampasan Pekerja.

  16. Psikotik, gangguan mental atau saraf (termasuk sebarang sakit saraf serta manifestasi fisiologi atau psikosomatik).

  17. Kos/biaya yang bukan berbentuk perubatan seperti televisyen, telefon, khidmat teleks, radio atau sepertinya, kit/pakej kemasukan hospital dan sebarang barangan bukan perubatan yang tidak berkenaan.

  18. Penyakit atau kecederaan yang berpunca daripada sebarang jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan kaki), sukan merbahaya tetapi tidak terhad kepada sukan terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan peralatan pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

  19. Penerbangan peribadi selain daripada sebagai penumpang berbayar dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual tetap yang mempunyai lesen untuk membawa penumpang dalam laluan yang diiktiraf.

  20. Perbelanjaan yang ditanggung bagi penukaran jantina.

Kembali ke kandungan


This is USJatyourservice, Service At Its Best! provided by kooagency

WhatsApp or Call our Mobile Service Line 012-6597262 to renew your Motor Insurance!

or if you prefer, you may e-mail us at kooagency@yahoo.com

@ kooagency web services since Aug 2000