Segalanya yang perlu tahu mengenai... Maax Umaat

Menikmati Ketenangan Hidup "Hasil tujuh tuaian yang baik disimpan untuk digunakan dalam tujuh tahun yang meleset" (Tafsir Surah Yusuf)..... 

Maax Umaat

Perlindungan dan Pelaburan dalam satu Akaun

English version

Kandungan

Ini bukan produk Takaful dan produk ini tidak direka berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. Walaubagaimanapun, dana-dananya iaitu Dana Mas Maju dan Dana Seri Mulia dilaburkan berlandaskan prinsip-prinsip Syariah.

Anda harus memastikan  bahawa pelan ini merupakan pelan yang terbaik untuk memenuhi keperluan anda dan premium yang perlu dibayar adalah jumlah yang mampu anda bayar.

Segala maklumat yang terkandung disini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai syarat-syarat dan peraturan, sila rujuk dokumen polisi.


Klik disini untuk mendapat Maklumat dan Perkhidmatan Insurans yang lain

Sila gunakan butang 'Back' dalam browser anda untuk kembali ke mukasurat sebelum ini.

 

 

PENGENALAN

Maax Umaat ialah pelan unik yang memberikan perlindungan dan pulangan serta memupuk tabiat menyimpan secara teratur bagi memastikan masa depan anda dan keluarga terjamin.

Sesuatu yang indah dan terbaik adalah menjadi idaman setiap individu. Seorang pencari nafkah keluarga akan berusaha gigih bagi memastikan keluarga mereka sentiasa dalam keadaan yang terbaik sama ada dari segi fizikal, mental dan juga ekonomi. Namun hakikatnya, bak kata pepatah "langit tidak selalunya cerah" dan hari esok bukanlah sesuatu yang pasti, mungkin sesuatu yang mengembirakan atau mungkin juga sebaliknya yang akan berlaku.

Kini perjalanan hidup anda dapat ditempuhi dengan penuh ketenangan - anda tidak perlu risau tentang bebanan kewangan dengan adanya Pelan Maax Umaat  dari MAA Assurance.

< Kembali keatas >

FAEDAH-FAEDAH DAN PERLINDUNGAN
PERLINDUNGAN ASAS

(Hayat Diinsuranskan: Umur minima 30 hari hingga umur maksima 69 tahun)

Kematian

Anda mempunyai pilihan tahap Insurans Hayat yang anda kehendaki, dan jumlah ini dinamakan Jumlah Asas yang diinsuranskan. Apabila meninggal dunia, Jumlah Asas yang diinsuranskan dan baki Akaun Pelaburan akan dibayar.

Hilang Upaya Keseluruhan Kekal

Jika berlaku Hilang Upaya Keseluruhan Kekal sebelum umur 65, Jumlah Asas yang diinsuranskan akan dibayar dan anda mempunyai pilihan untuk:-

  1. Menamatkan polisi dan menerima nilai Akaun Pelaburan; atau

  2. Meneruskan dengan Akaun Pelaburan

AKAUN PELABURAN Baki premium yang tidak diperuntukan bagi Perlindungan Insurans Hayat akan dilaburkan kedalam  dana-dana yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. Dana Syariah adalah disahkan mengikut prinsip-prinsip Syariah oleh HIJRAH.

MaaxUmaat memberikan anda fleksibiliti tambahan untuk menambah premium secara lazim dengan MaaxSaver yang bermula serendah RM50 sebulan, disamping memberi anda 95% peruntukan premium. Selain itu, anda juga boleh menambah pelaburan anda pada bila-bila masa dengan bayaran minimum sekaligus RM2,000 juga dengan peruntukan premium 95%.

PERLINDUNGAN KHUSUS

(Hayat Diinsuranskan: Umur minima 30 hari hingga umur maksima 69 tahun)

Perbelanjaan Pengkebumian (Khairat Kematian) sebanyak RM2,000. Faedah ini akan dibayar dalam masa 24 jam selepas tuntutan dikemukakan dan disokong oleh pengesahan Salinan Laporan Polis serta Sijil Kematian.

Bayaran tambahan sebanyak RM5,000 akan dibayar jika berlaku kematian, dimana penerima faedah boleh menggunakan faedah tersebut untuk tujuan berikut:-

  1. Faedah Membawa Pulang Jenazah - Pengankutan untuk membawa pulang tubuh badan atau Jenazah diinsuranskan ke Malaysia.

  2. Ziarah - Kos yang diperlukan untuk pengkebumian/penerbangan/hotel dan sebagainya bagi keluarga menyempurnakan pengkebumian diluar Malaysia.
  3. Lain-lain.
PERLINDUNGAN ZIARAH

(Hayat Diinsuranskan: Umur minima 16 tahun hingga umur maksima 64 tahun)

  1. Bayaran 100% dari pilihan jumlah rider diinsuranskan jika berlaku Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan Kekal akibat kemalangan (Mak. RM100,000)
  2. Bayaran 200% dari jumlah rider diinsuranskan jika berlaku Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan Kekal akibat kemalangan di Arab Saudi (Mak. RM200,000)
FAEDAH RIYAL

(Hayat Diinsuranskan: Umur minima 30 hari hingga umur maksima 69 tahun)

Bayaran Tunai Tetap sehingga RM3,000 (pilihan gandaan sebanyak RM300) pada setiap akhir tahun polisi ketiga.

< Kembali keatas >

USIA KEMASUKAN, JUMLAH ASAS DAN KESENANGAN MEMBAYAR

1. Usia Kemasukan

Usia kemasukan minima bagi Hayat Diinsuranskan adalah 30 hari dan usia maksima ialah 69 tahun (umur mengikut tarikh lahir yang terakhir). Manakala, usia Pemegang Polisi mestilah berumur 18 keatas.

2. Jumlah Asas Diinsuranskan (Minima)

Jumlah Asas Minima dikira berdasarkan ilustrasi berikut:

Jumlah Asas Diinsuranskan MINIMA

Umur Sebagai pendaraban AP
< 35 AP x 40
36 - 45 AP x 30
46 - 55 AP x 20
56 - 69 AP x 10

3. Kesenangan Membayar

Premium modal SETAHUN yang minima ialah RM1,200. Tetapi anda boleh pilih membayar premium modal secara BULANAN (minima RM100), secara SUKUAN (minima RM300), atau secara SETENGAH TAHUN (minima RM600). Tidak ada had untuk premium modal maksima. Bayaran dengan kad kredit Master atau Visa boleh diterima. Kesenangan membayar dengan diterima

< Kembali keatas >

YURAN DAN CAJ
  • CAJ INSURANS - berdasarkan usia, jantina dan jumlah asas/rider yang diinsuranskan
  • YURAN POLISI - RM6.00 sebulan (bagi kaedah pembayaran selain secara tahunan). RM5.00 sebulan bagi kaedah pembayaran premium secara tahunan.
  • YURAN PEMINDAHAN - 1 pertukaran percuma biberikan setiap tahun. Pertukaran seterusnya akan dikenakan Yuran Penukaran sebanyak RM50.
  • YURAN PENAMBAHAN - Setiap penambahan, sama ada penambahan lazim atau tidak lazim, akan dikenakan yuran penambahan sebanyak 5% dari jumlah yang ditambah. Caj khidmat sebanyak RM25 juga dikenakan bagi penambahan tidak lazim.
  • YURAN PENGURUSAN DANA - 1% - 5% setahun, ditentukan berdasarkan purata wajaran keatas jumlah aset kasar bagi setiap Dana MAA.
  • CAJ PENGELUARAN SEPARA - RM50 untuk setiap permintaan tertakluk kepada Pengeluaran minimum sebanyak RM1,000 dan baki minimum pelaburan di semua dana sebanyak RM2,000.

  • PENILAIAN HARGA UNIT - Harga unit dinilai pada penghujung setiap hari perniagaan. Ia diperolehi apabila Nilai Aset Bersih pada hari perniagaan sebelum tarikh Penilaian dibahagi dengan bilangan unit terbitan dana berkaitan-pelaburan MAA yang berkenaan.

  • PERUNTUKAN PREMIUM -

Tahun 1 2 3 4 5 6 Seterusnya
Peruntukan 40% 50% 70% 70% 90% 90% 100%

< Kembali keatas >

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR?
Untuk melabur dan mendapatkan perlindungan Maax Umaat, sila hubungi 03-80246425 atau melalui e-mel kami di kooagen@streamyx.com

Untuk mendapat proposal Maax Umaat  e-mel kepada kami dengan memberikan maklumat berikut mengenai anda dan/atau anak anda:-

  • Tarikh Lahir,
  • Jantina,
  • Pekerjaan,
  • Merokok atau Tidak merokok, dan
  • Amaun Pelaburan Sebulan yang anda sedia melabur

Kalau anda pasti dengan pelan tersebut, anda boleh meminta kami supaya menghantar Borang Pendaftaran MAA kepada anda.

< Kembali keatas >


Klik disini untuk mendapat Maklumat dan Perkhidmatan Insurans yang lain

Sila gunakan butang 'Back' dalam browser anda untuk kembali ke mukasurat sebelum ini.


Call our Daily Home/Office Service Line 03-80246425 for an appointment!

or if you prefer, you may e-mail us at kooagen@streamyx.com

@ 2000 - 2008 kooagency web services since Aug 2000